Wednesday, 10 August 2011

Dimana Kebenarannya.. Starbucks halal ke haram?

image
Tadi heboh sekejap budak budak kolej post this..
image
Yang nih bertarikh 31 /10/2010.. tahun lepas la.. kecoh kejap.. then naik pulak yang ni..
KUALA LUMPUR - Umat Islam tidak perlu keliru dengan penyebaran mel elektronik akhir-akhir ini berhubung status halal beberapa produk keluaran rangkaian kafe ternama, Starbucks.
Pengarah Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar dalam e-mel kepada Kosmo! menjelaskan, siasatan mereka mendapati, dakwaan pihak tertentu itu tidak berasas.
"Ia disahkan sebagai halal dan apa yang berlaku merupakan kekeliruan di kalangan pengguna sahaja," katanya sebagai mengulas kiriman e-mel kononnya ia kenyataan Jakim mengesahkan status haram produk terbabit.
Kosmo! yang juga menerima e-mel itu dimaklumkan bahawa pelbagai produk syarikat berkenaan seperti coklat, vanila dan kopi didakwa mengandungi lemak babi selain sejenis arak, rum.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin menambah, penggunaan bahan kimia dengan kod E471 atau mono di-glycefides dalam produk itu turut disahkan halal sebagai bahan tambahan makanan dibenarkan.
"Jakim sendiri membuat pemeriksaan terperinci dan ujian makmal untuk memastikan bahan itu mendapat pengesahan halal berasaskan kepada tumbuhan sahaja serta digunakan oleh kilang berdaftar dengan Jakim," tegasnya.
Beliau juga memaklumkan Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. dan The Coffe Bean & Tea Leaf (Malaysia) Sdn. Bhd. masih memegang sijil halal dikeluarkan oleh Jakim yang tamat tempoh akhir tahun depan.

bagi Zana senang je.. takyah pi starbucks.. tak berbaloi kot.. mahal…huhuhu

No comments:

Post a Comment